Pilihan

Kalau hati kata mahu

kalau akal kata pergi

Apa yang ditunggu lagi

Allah kata jika kau pinta padaku,

akan ku tunjukkan jalan

Kalau kau buntu,

bermunajatlah padaku.

 

Jalan yang ditunjuk Allah jalan berhikmah,

jangan kau ragu

Setelah kau pinta jalan dari-Nya

Kata ini bukan yang ku mahu

Ini tiada dalam senarai pilihanku

Yakinlah pada-Nya

Allah tahu apa yang kau tidak tahu

Bersawang Sudah

Hdup perlu diisi,

kaki tangan, kepala badan,

Semua perlu digerakkan

Hati perlu ditenangkan

Akal perlu ditajamkan

Ilmu sentiasa ditambah

Iman dan hati dimuhasabah

 

Walau kaki sudah penat melangkah

Akal sudah letih berfikir

Iman yang sentiasa turun naik

Hati yang beremosi,

Kadang marah, kadang gembira,

Kadang suka, kadang duka,

Kadang cinta, kadang benci

Semuanya menjadi warna,

Mengisi kebosanan hidup

Membezakan kebatilan, kebenaran

Menyusuri hidup yang bersimpang siur.

 

p/s: bersawang sudah blog aku ni…tak sempat nak update…Banyak yang berlaku dan perlu dilakukan semester ni walaupun banyak yang aku tak sempat lakukan dan malas nak lakukan..

Cina cuti….Melayu pun cuti

Cuti oh cuti,

kau datang lagi…

sedangkan tak sampai sebulan cuti…

cuti sembilan hari….apa nak buat ek…

dh kerajaan bagi cuti..kita ikutkan je la….

tapi…yang kesian budak sekolah…

IPG cuti percuma….sekolah cuti berganti…

lagi kesian bila sekolah tu takde orang cina…

kena ganti cuti sia-sia ja…

teringat sorang lecturer kat iptho tu cakap….

dah taw kat malaysia ni banyak cuti peristiwa yang biasanya akan diberi cuti panjang…kenapa cuti setengah penggal tu tak diganti je dengan cuti peristiwa…

mknanya tak yah cuti penggal….cuti peristiwa je…nnt penggal ke2 2011 ni ade cuti ‘eidulfitri plak…rasa2 nya kena ganti lagi tuh…wah3…cuti je kje…

apa itu warna

putih, hitam,
warna sejuta warna
warna ghaibnya warna
ada mulut mengata dua-dua bukan warna
tapi pada kita ia tetap warna
merah,biru,kuning,
itu semua warna,
tetapi tiada beza antara itu semua tiada uniknya
tiada orang yang berani kata itu bukan warna
ada tangan menulis hitam warna kesepian
tetapi biarlah dia sepi dari dunia
ada kata putih warna kesucian
tetapi berapa lama ia kekal suci

kenapa korang kahwin muda???

DIALOG A.
kenapa kahwin muda??
dorang jawab sebab nak elak maksiat..
kenapa nak elak maksiat??
sebab xnak buang anak..
kenapa xnak buang anak??
sebab xberperi kemanusiaan..
kenapa xberperi kemanusiaan??
sbb kejam...
kenapa kejam??
sbb orang lain ckp kejam..
sape orang lain tu??
entah...

DIALOG B;
kenapa kahwin muda??
nak didik nafsu..
kenapa nak didik nafsu??
sebab ALLAH suruh..
owh..ok..

AGAK-AGAK ORANG DALAM DIALOG A YANG KAHWIN AWAL PASTU CERAI AWAL ATAU ORANG DALAM DIALOG B??

Kalau Itu Takdir-Nya

Kalau itu takdir-Nya
Siapa aku hamba yang engkar,mungkar arahan tuan
Abid yang acap kali terlupa akan-Nya
Manusia biasa yang kadang kala merendahkan martabat diri
Layakkah aku untuk melawan ketentuan-Nya?

Tapi hati masih perit
Luka masih berdarah
Rindu masih berbuah
Akal masih parah
Kerna belum berjumpa hikmah ketentuan Tuhan

Semestinya perlu aku mengikut takdir itu
Allah bantulah aku
Jangan biarkan hati terus memberontak
Redakanlah diriku akan takdir-Mu