"aku melihat dunia hari ini.... orang2 islam ibarat digenggam belenggu orang kafir.... akhirat mereka luput... dunia pun tercicir... budaya jahil tidak diambil peduli... melampau-lampau dalam hiburan... khayalan keterlaluan... luas.. luas membanjir... teruk.. tak tertaksir orang-orang yang karam...

Barus, Singkei, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus... hilang.. hilang ditelan zaman... kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan... yang mahir dihafal... mampukah kita nak jawab didepan mungkar dan nakir nanti?...

Setengah-setengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang... cerita2 lampau dihurai, dipanjang-panjangkan... bila tamat, diulang.. dan diulang.. ulang kembali... itulah sejarah... kalau begitu takkanlah mustahil.. untuk giliran ISLAM pula yang mendatang... tamadun kita yang lama dulu yang indah gemilang... hidup semula kembali segar bugar terbentang di dunia yang luas..."

(di adaptasi dan diolah dari puisi nukilan Syed Naquib Al-Attas)
"...dan sesunggunya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa" (Al-Hajj:40)

"Iaitu, mereka (ummat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan untuk memerintah bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari melakukan kejahatan dan yang mungkar. Dan (ingatlah), bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Al-Hajj:41)
Sesungguhnya, 'KITA' amatlah sedikit...
Daripada Abu Hurairah berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."


Ya, Islam pada hari ini memang telah kembali asing. Sewaktu baginda Rasulullah datang membawa peringatan, teramatlah pelik bagi orang kafir Quraisy melihat baginda, datang membawa agama yang asing daripada agama nenek moyang mereka. Ibarat barang yang didagangkan ke sana ke mari. Bergerak mencari orang yang berkenan ke atasnya. Namun daripada ramai penduduk dunia khususnya makkah tidak ramai yang menerima. Kini Islam sudah kembali asing. Muslimin dan muslimat sendiri tidak mengenali apa itu Islam. Ya, itu realiti. Ramai yang mengaku Islam tetapi apabila ditanya apa rukun iman dan islam mereka membisu tak mampu berkata. Banyak yang mengaku islam tetapi tidak mengamalkannya. Mereka lebih banyak melakukan taklid budaya barat tanpa menyedari hukumnya. Itulah hakikat masa kini.

Berpusingnya Hidup

Hidup ini berpusing
Bumi berputar mencari ketenangan
Angin berolak meneruskan kebebasan
Ompak bertempiasan memukul pantai mengekalkan bentuk

Manusia,
Ada yang berputar mencari ekar tanah
Mundar-mandir mencari kesahihan diri
Berulang-alik dari dunia ke fantasi mengumpul ganjaran duniawi

Diri,
Berdiri diatas tanah bumi
Mencari paksi, melengkapkan pusingan diri
Mencari Rabbul ‘izzati

Tapi hati masih lagi gusar, keliru
Mencari ketenangan diri tidak juga ku temui
Bergelimpangan segala ilmu yang ada
Bertempiaran lari semua teman
Tiada apa jua yang ku dapat
Paksiku tidak menyedari bahawa tiada Ikhlas di hati

Jurnal

Musika mengiringi pemergiannya
Ku masih tak memahami
Inikah cara terbaik untuk dia pergi
Hala tujunya juga buta tidak diketahui
Pernah ku dengar bicaranya
Aku ini seperti duta pengembara
Membuka jurnal perjalanan
Semua ku lihat akan ku tulis
Gelagat manusia, pandangan hati

Musika itu kedengaran lagi
Pulangnya jurnal tanpa tuan
Aku hampa, bukankah engkau masih tegap
Mengapa engkau tidak mahu kembali
Kini aku tidak lagi memakai baju putih berseluar lumut
Tetapi aku masih lagi tidak mengerti
Mengapa kau pergi
Jurnal kembara masih terbiar
Langsung tersimpan dibiar berdebu

Musika itu sudah terhenti
Diganti Yasin bersautan
Jurnal berdebu kuselak
Perjalananmu terhenti dek perang yang menghambat
Mengapa tiada siapa mengkhabariku
Kau pergi berkubukan menahan serangan di bumi suci
Matimu berbalutkan letupan yang kau mulai

Hitam pelengkap

Hidup ini bayang-bayang

Gelap, keseorangan, hanya cahaya sentiasa disisi

Hilang cahaya, hilanglah diri

Lebih mampir cahaya lebih besarlah diri

Lebih tegap sumber cahaya lebih banyak yang boleh dilindungi

Diri kita yang sebenar adalah bayang-bayang,

Bukan sikap hipokrit diri


Hitam, putih, cahaya, bayang-bayang, gelap, terang

Bukankah saling menyokong dan memerlukan

Satu elemen hilang, hilanglah semua

Kata kawan, hitam itu melindungi

Tapi padaku hitam itu pelengkap

Putih itu kesempurnaan

Pelengkap kepada kesempurnaan, Saling melengkapi


Ada yang takutkan kegelapan tetapi menternak kegelapan dalam diri

Sentiasa mahu hidup dalam kepompong diri

Kepompong yang menutup cahaya dari menerangi diri

Cahaya itu merbahaya kerana menayangkan pada diri,

pada manusia apa yang tidak perlu ditonton

Kegelapan pula melindungi diri

Memelihara keaiban tubuh yang berdiri

which one do i care or which one need i to care

adakah kepiluan akan terawat dengan sendiri?
adakah perlu pemilihan kekasih dan teman??
adakah hidup ini hanya propaganda yang mengecewakan???

pelbagai hidup memenuhi satu teras dalam dunia
satu dunia muat dalam satu mata
kepelbagaian hidupan mengapa tidak harmonis di atas bumi??

kata kawan
melampau ego memakan diri
melampau dayus menghancur diri
melampau gedik menarik neraka
sedikit kelebihan melahirkan riyak

kata diri
sedikit itu lebih bahaya daripada sejuta
satu kaum mampu meruntuhkan dunia
kecilnya api membakar
besarnya ego tiada ubat

mana harus ku pilih
hidup berdepan pilihan
memang diri mani terpilih
tetapi masih keliru memilih
mana yang benar-benar dimahu dek hati
syurga ALLAH sudah pasti
tetapi..... layakkah diri
amal sedikit dosa bertimbun
penatku memuhasabah diri
tapi kudrat masih lemah
masih tak kutemu ikhlas dalam diri
iman secangkir masih ku perlu
Ya ALLAH bantu diriku