Memaparkan catatan dengan label bila pena menari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bila pena menari. Papar semua catatan

apa itu warna

putih, hitam,
warna sejuta warna
warna ghaibnya warna
ada mulut mengata dua-dua bukan warna
tapi pada kita ia tetap warna
merah,biru,kuning,
itu semua warna,
tetapi tiada beza antara itu semua tiada uniknya
tiada orang yang berani kata itu bukan warna
ada tangan menulis hitam warna kesepian
tetapi biarlah dia sepi dari dunia
ada kata putih warna kesucian
tetapi berapa lama ia kekal suci

Berpusingnya Hidup

Hidup ini berpusing
Bumi berputar mencari ketenangan
Angin berolak meneruskan kebebasan
Ompak bertempiasan memukul pantai mengekalkan bentuk

Manusia,
Ada yang berputar mencari ekar tanah
Mundar-mandir mencari kesahihan diri
Berulang-alik dari dunia ke fantasi mengumpul ganjaran duniawi

Diri,
Berdiri diatas tanah bumi
Mencari paksi, melengkapkan pusingan diri
Mencari Rabbul ‘izzati

Tapi hati masih lagi gusar, keliru
Mencari ketenangan diri tidak juga ku temui
Bergelimpangan segala ilmu yang ada
Bertempiaran lari semua teman
Tiada apa jua yang ku dapat
Paksiku tidak menyedari bahawa tiada Ikhlas di hati

Jurnal

Musika mengiringi pemergiannya
Ku masih tak memahami
Inikah cara terbaik untuk dia pergi
Hala tujunya juga buta tidak diketahui
Pernah ku dengar bicaranya
Aku ini seperti duta pengembara
Membuka jurnal perjalanan
Semua ku lihat akan ku tulis
Gelagat manusia, pandangan hati

Musika itu kedengaran lagi
Pulangnya jurnal tanpa tuan
Aku hampa, bukankah engkau masih tegap
Mengapa engkau tidak mahu kembali
Kini aku tidak lagi memakai baju putih berseluar lumut
Tetapi aku masih lagi tidak mengerti
Mengapa kau pergi
Jurnal kembara masih terbiar
Langsung tersimpan dibiar berdebu

Musika itu sudah terhenti
Diganti Yasin bersautan
Jurnal berdebu kuselak
Perjalananmu terhenti dek perang yang menghambat
Mengapa tiada siapa mengkhabariku
Kau pergi berkubukan menahan serangan di bumi suci
Matimu berbalutkan letupan yang kau mulai

Hitam pelengkap

Hidup ini bayang-bayang

Gelap, keseorangan, hanya cahaya sentiasa disisi

Hilang cahaya, hilanglah diri

Lebih mampir cahaya lebih besarlah diri

Lebih tegap sumber cahaya lebih banyak yang boleh dilindungi

Diri kita yang sebenar adalah bayang-bayang,

Bukan sikap hipokrit diri


Hitam, putih, cahaya, bayang-bayang, gelap, terang

Bukankah saling menyokong dan memerlukan

Satu elemen hilang, hilanglah semua

Kata kawan, hitam itu melindungi

Tapi padaku hitam itu pelengkap

Putih itu kesempurnaan

Pelengkap kepada kesempurnaan, Saling melengkapi


Ada yang takutkan kegelapan tetapi menternak kegelapan dalam diri

Sentiasa mahu hidup dalam kepompong diri

Kepompong yang menutup cahaya dari menerangi diri

Cahaya itu merbahaya kerana menayangkan pada diri,

pada manusia apa yang tidak perlu ditonton

Kegelapan pula melindungi diri

Memelihara keaiban tubuh yang berdiri