Petang tadi aku terdengar di TV (masa tukar-tukar channel nak cari cerita yang menarik) Ustaz Zahazan memberi ceramah di AL-KULIYYAH (betul tak ni eja. Main balun je) tentang azam (bukan azam name orang). Kata beliau(setelah di aultar oleh aku), salah satu perkara yang membantu kita membentuk dan melaksanakan azam adalah keadaan persekitaran. Apa yang menarik minat saya adalah perumpamaan yang beliau gunakan (juga setelah di alter oleh aku): Ada seorang budak (tak tau ar budak kecil ke besar) menolong ibunya membuat kerja rumah. Membasuh baju, menyidai baju, memasak dan banyak lagi. Seusai sahaja makan malam, si anak menolong ibunya membasuh pinggan. Ketika sedang membasuh pinggan mangkuk si anak secara tidak sengaja memecahkan pinggan yang mahal. Si ibu tadi terus memarahi si anak kerana memecahkah pinggan yang mahal lagi limited edition itu.
Yang selanjutnya semua tambahan dan pandangan aku sendiri.
Si ibu mungkin memarahi anaknya begini: Fulan, fulan ni baik tak payah tolong kalau setakat nak pecahkan barang. Tahu tak pinggan ni mahal.
Si anak pula mungkin akan berfikir begini: Ala mak ni. Orang tolong dia bukan nak dipuji ke ucap terima kasih tetapi sebab terpecahkan satu pinggan je nak marah sampai macam tu(tahap mana si anak tu kena marah bergantung kepada imaginasi anda).
Tak pon si anak mesti berfikir: Pinggan tu didahulukan. Bukan dia nak tanya orang cedera ke tak. Pinggan tu lagi penting.
Senang kata kadang-kala minda separa sedar kita susah mengenang sepuluh jasa baik orang tetapi kita selalu melenting dan melupakan segala kebaikan yang dibuat orang untuk kita kerana satu kesusahan sahaja.
Berbalik kepada cerita azam dan orang sekeliling. Ada orang setiap tahun mempasakkan azam baru tetapi oleh kerana kekurangan sokongan manusia sekeliling mereka tak mampu menjayakan azam tersebut.
Apa azam baru saya sempena maal hijrah. (Laughting) Nak pergi kelas dan naikkan pointer. Semoga saya berjaya. Amin~





2 comments:
yes! aku org pertama komen...
tu pon stlh dipujuk rayu oleh empunya blog ni suh aku tinggalkan komen aku yg sgt PRECIOUS nih, xsmpi ati lak nk tolak..kuang3~
first of all~~ SALAM MAAL HIJRAH. semoga thn ini lbh baek dan bermanfaat dr thn2 lepas.. i`allah..
secondly~~ak doakan moga ko nye azam thn baru nih akan tercapai...amin..
ketigaly~~ kt ayat2 terakhir ko, "laughting" or "laughing"?
btw, gud luck tuk mid-term exam... moga sukses slalo... BITTAUFIQ WANNAJJAH... ^_^
huhuhu....
aku memujuk rayu ke...
bolelaa~...
tq2 and tq...
gud luck to u too...
alamak salah eja ar..
kah3,,,
Catat Ulasan