Kias Hati

Hari-hari dalam hidupmu
Sungguh memang maut tujunya
Namun berbanggalah
Kerana disitu pasakmu kukuh
Tempat mu pasti indah di kayangan
ArRahman mestinya melihat
tiap takbir di pasir tandus ini
Menembak batu-batu dari tangan mereka
Menanam kaki ke dalam tanah
Tak mahu berganjak
Umpama tembok yang hanya terbuka, rebah

Sungguh aku cemburu
Kenapa jiwaku tidak sekuatmu
Hatiku terlalu luluh untuk menggantimu
Aku mahu kau memandangku sebagai akhuka
Kerna kagumku melihatmu
walau ku tahu kagum tiada harga
Takkan kau pandang hanya kagum
Ku mahu menyahut takbirmu tapi......
Aku terlalu bisu,lumpuh
Tidak mampu..

MasyaAllah Ya Allah
Besarnya dosaku
Ku biarkan akhawani berjuang seorang diri
Mempertahankan pasir berkat anbiyakmu
Ku tonton darah mereka bersatu ke bumi
Hanya sebagai tontonan
Ku hanya melihat akhawati di ratah
Bagai patung tak bernyawa
tak terbela
tiada kubu untuk berlindung
tanpa hasil untuk disantapi,
memuaskan bunyi nan keroncong
Ku mahu ampunmu
Ku mahu Imanmu
Moga dapat ku berdiri di saff mereka yang kau redhai
Kukuhkanlah Hidayah dihati
Agar dapat ku perah tiap titis,
tiap detik,tiap lelah membantu mereka
Menjunjung agamamu
Mengangkat syahadah dan takbir penuh bangga

0 comments: